Thursday, February 11, 2010

Gaharu- Merialisasikan impian menjadi jutawan

Dipetik dari http://www.jahaniwalit.com/

Hanya dengan menanam 1 ekar pokok gaharu anda mampu bergelar jutawan dalam 10 tahun akan datang. Semalam adalah sejarah yang tidak boleh dipinda. Esok adalah impian yang belum nyata tetapi keputusan yang anda buat hari ini menentukan siapa anda dihari esok.

APA DIA GAHARU?
Adalah sejenis wagian yang bernilai tinggi yang diperolehi daripada pokok depu atau karas yang mengalami stress atau sakit. Kayu gaharu mengandungi resin dalam pelbagai kelas dan gred tertentu mengikut kualiti tertentu. Penggunaannya sangat meluas di seluruh dunia melewati sempadan bangsa dan agama. Penggunaanya adalah sebagai bahan wangian, perubatan sehinggalah upacara keagamaan dan kebudayaan.

kelebihan yang ada pada gaharu ialah kerana ia dapat mengekalkan wangiannya dalam jangka masa yang lama menjadikannya bahan asas dalam campuran sebagai bahan asas dalam industri minyak wangi. Permintaannya sangat besar dari seluruh dunia. Namun begitu hanya 20 % sahaja dapat dibekalkan dari negara pengeluar yang hanya datang dari negara yang beriklim tropika. 80 % lagi permintaan yang masih belum dapat dipenuhi oleh negara pembekal.

No comments:

Post a Comment