Tuesday, February 9, 2010

Bermula Secara Kecil-Kecilan

Gaharu sebagai produk damar atau resin dengan aroma yang harum apabila dibakar.
Terdapat lebih dari 15 jenis spesis gaharu dari famili Thymeleaceae seperti Aqularia malaccensis, A. Agallocha, A. Crassna, A. Sub Integra.

Oleh kerana terlalu banyak spesis maka perlulah penanam gaharu mengetahui spesis mana yang paling baik di tanam secara komersial.

Ini penting supaya kita tidak silap memilih benih, menanam dan akhirnya salepas 5 - 10 tahun barulah diketahui bahawa pilihan kita tidak tepat.

Gaharu iaitu damar yang terhasil dari pokok Karas. .Harganya yang begitu mahal boleh mencecah sehingga RM14,000 - RM20,000 per kg untuk kepingan gaharu yang bermutu tinggi dan RM50,000 seliter bagi minyak. Namun begitu semua hasil ini diambil dari hutan dan kini pokok karas diancam kepupusan.

Gaharu merupakan pokok yang selalu didapati di dalam hutan. Ada yang memanggilnya pokok karas atau depu dalam bahasa inggeris dipanggil Agarwood. Gaharu datang daripada genus aquilaria. Spesis yang biasa dan dikatakan paling bermutu merupakan aquilaria subintegra. Spesies-spesies yang lain adalah A. Hirta, A. Beccariana, A. Rostrata, A. Microcarpa A. malacensis dan A Crassna.

Permintaan terhadap gaharu ini memang banyak dan kebiasaannya datang daripada negara-negara Timur Tengah seperti arab Saudi, Taiwan dan Jepun. Pengeluar utama adalah dari negara vietnam yang mempunyai berpuluhan tahun pengalaman.

Kegunaan gaharu ni banyak dalam bidang wangian seperti minyak wangi, aromatherapy, colok kerana ia mempunyai pati wangian yang amat berharga.

Usahakanlah tanaman gaharu ini secara kecil-kecilan atau ladang.

No comments:

Post a Comment