Monday, January 10, 2011

CIF tingkatkankualiti hidup, sosioekonomi

KUCHING: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memperuntukkan satu geran yang dikenali sebagai Community InnoFund (CIF) bagi membantu masyarakat akar umbi meningkatkan kualiti hidup serta sosioekonomi mereka.

Menterinya, Datuk Seri Doktor Maximus Johnity Ongkili melalui kenyataan akhbar di sini semalam berkata, peruntukan itu adalah untuk membangun dan meningkatkan kualiti, proses dan khidmat yang berinovasi serta mempunyai nilai ekonomi di kalangan masyarakat Malaysia.

“Belaga yang terletak di Kapit, Sarawak mempunyai penduduk yang terdiri daripada beberapa kumpulan etnik seperti Kenyah, Kayan, Punan, Penan, Kajang dan Tanjung.

“Satu organisasi ditubuhkan iaitu Pembangunan Komuniti Asap Koyan (AKDC) bagi menjaga hal ehwal sosioekonomi masyarakat di sini terutama berkaitan pembangunan Empangan Bakun,” katanya semasa majlis pelancaran Projek Gaharu AKDC-MOSTI 2011.

Katanya, dalam pembangunan Empangan Bakun, sebuah tasik berkeluasan 695 kilometer persegi dan berkedalaman 228 meter dari aras laut akan dibangunkan di kawasan Belaga.

Jelasnya, kawasan yang ditenggelami air ini merangkumi keseluruhan kawasan sumber ekonomi utama masyarakat tempatan Belaga iaitu sumber makanan dan hasil hutan seperti gaharu.

“Pada 9 Jun 2010, AKDC telah ditawarkan geran projek CIF sebanyak RM300,000 oleh MOSTI bagi melaksanakan fasa pertama projek peningkatan sosioekonimi sekitar Empangan Bakun melalui pembangunan kemudahan Ekstrasi produk Oleoresin Gaharu dan aplikasi teknologi Inokulasi Pokok Karas.

“Fasa pertama projek ini ialah aplikasi teknik dan teknologi inokulasi untuk menghasilkan resin gaharu secara aruhan dan Agensi Nuklear Malaysia dilantik sebagai agensi pelaksanaannya dalam membantu projek ini,” kata Dr Maximus.

Untuk maklumat lanjut berhubung projek ini, sila hubungi Mohd Fafri Osman di talian 03-89250510/019-6991172 atau e-mel ke fajri@nuclearmalaysia.gov.com.

No comments:

Post a Comment